Sungai Longkogungan
Kg Longkogungan terletak di dalam daerah Penampang. Bersempadan dengan daerah Tambunan. Untuk menjejakkan kaki di kampung ini perlu berjalan kaki selama 4 jam bermula di tepi jalan Gunung Emas. Perjalanan ke kampung ini sangat mengasyikkan kerana terdapat banyak pokok pokok besar dan unggas rimba yang akan menemani anda sepanjang perjalanan.